Sunday, June 26, 2011

Side Cerita: Berakhirnya Maharaja Lawak

setelah 3 minggu bersiaran, Maharaja Lawak (ML) dengan rasminya telah pun melabuhkan tirainya dengan juara dimiliki oleh kumpulan Sepah. Tahniah untuk Sepah. Tempat kedua pula diungguli oleh duo Jozan. Tempat ketiga dan keempat pula ialah Nabil dan Jambu. Kepada semua pemenang, tahniah diucapkan. Dengar kata beratus2 ribu diorang dapat. Untung orang yang pandai melawak ni. (aku ni xde humor sangat kot)..


Sebenarnya aku xfollow pun Raja Lawak. Yang aku kenal cuma Nabil dan Jozan je. Then sebab pasal lawak try la tengok then terminat. then terfollow ML ni sejak minggu pertama lagi. Follow ikut youtube je la tapi. Duduk asrama, mana nak dapat Astro kan. Balik rumah pulak, xde Astro Warna, so Youtube je la. Yang penting, semangat nak tengok tu ada. (padan muka astro)


Sejak awal, aku dapat rasakan yang nabil dan jozan akan ke final even masa first episod, persembahan diorang memang hambar. Dan Alhamdulillah, tekaan aku mengena. Diorang ke final cuma xjadi juara je. Nabil dan Jozan memang sangat kreatif dalam menyampaikan lawak masing2. tapi aku paling salute pada Jozan. Memang sangat kreatif.

Peserta2 lain not bad gak la, cuma yang menyerlah dari awal ialah Jambu, Nabil dan Jozan. Manakala Amir menyerlah disebabkan kontroversi dia masih terselamat dan tidak tersingkir. Dah rezeki dia kot.


Sejujurnya kata, aku dari awal xberapa minat dengan Jambu. Satu sebab je, iaitu suka melawak sebagai perempuan. Just agak xsuka bila lawak yang ditampilkan lelaki tetapi bergaya sebagai perempuan. Dan diatas sebab tu jugak la, aku jadi kurang minat pada Sepah.


Ada lagi satu sebab kenapa aku kurang berminat pada Sepah, iaitu diorang tak mengoptimizekan kuantiti yang diorang ada. Maksudnya disini, walaupun diorang bertiga, tapi selalunya akan ada sorang yang jadi pak pacak atau fungsi nya terlalu minimum. Perkara ini pernah ditegur oleh Ahmad Idham, tapi sampai ke final, still happen benda yang sama.

So this is my opinion, diharap tidak ada yang marah atau terasa. Wassalam.
0 Comments
Comments

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...