Pages

Sunday, December 11, 2011

Nyan Page Anda.


Bosan tak time surf internet? Senyap sunyi je kan? So apa kata try cara ni.

1. Buka web browser (chrome ke, mozilla ke, IE ke)
2. Kemudian taip nyanit.com/url yang korang nak masuk
3. Contoh nyanit.com/theothersideof-nwx.blogspot.com
4. Tekan enter
5. Enjoy. :)

Saturday, December 10, 2011

ISU COUPLE ITU HARAM : MENGAPA RAMAI SETUJU DAN RAMAI PERTIKAI?


Isu couple ni dah lama dengar dan didebatkan. Kalau berbincang tentang ini memang tidak dapat jumpa titik pertemuan. Saya sudah pernah alaminya. Yang kata haram bertegas dengan pendirian mereka. Yang kata tidak semestinya haram pula berpegang kepada hujah-hujah mereka. Kedua-duanya keras kepala. Jika saya nak jelaskan mengapa couple itu haram, sudah banyak penulisan-penulisan yang ada sekarang menulis tentang itu. Masalahnya, tidak sedikit juga orang yang mempertikaikannya. Ada yang mengatakan couple itu tidak semestinya haram, ada pula yang kata hukumnya harus? Masalahnya mereka yang mengatakan ini pun bukan calang-calang ilmunya. Sudah tentulah penjelasan mereka disulami penjelasan-penjelasan yang kukuh. Persoalannya, MENGAPA. Mengapa timbul satu golongan yang sangat setuju, dan satu golongan yang mempertikaikan, sedangkan halal dan haram itu jelas? Topik yang agak menarik untuk diulas saya rasa.

Bila sebut je couple, maka sekurang-kurangnya terdapat DUA fahaman yang berbeza, yang kita sebut khilaf. Masalahnya, golongan yang anticouple ni selalunya tidak akan menghormati fahaman yang satu lagi. Ini memang adalah kenyataan. Jika tidak setuju dengan mereka, maka orang itu terus dilabel tidak dapat hidayah, jahil tentang hukum hakam dan mengikut jejak kafir yahudi dan nasrani. Inilah yang menjadi masalah (bukan semua). Tapi jangan emo dulu. Cuba kita fahamkan dulu apa itu couple pada perspektif kedua-dua golongan ini.

Sekarang saya akan memperihalkan couple dengan kaedah yang mudah. Sebagai contoh korang berjalan-jalan di taman, dan terdapat satu pondok kecil di hujung taman, lalu sahabat kamu memberitahu “pondok itulah selalu jadi port couple”. Maka terus difahamkan, bahawa couple yang dimaksudkan oleh sahabat ini adalah perbuatan berdua-duaan, berkasih-kasihan, bersunyi-sunyian dan segala bagai perbuatan yang jelas haram. Fahaman ini disokong lagi dengan kenyataan ustaz Azhar Idrus tentang pandangan beliau terhadap couple :

"... Bercinta tu tidak salah.. cuma istilah couple tu ialah bagi org yang selalu berkepit je memanjang, keluar dating sane sini, tengok wayang, bergayut lama2 dalam tepon, sebab benda2 ni berdosa. Kalau ada hubungan tapi tak buat benda2 dosa, takpe lah, sebab masih ikut syariat. yang salahnye, couple buat dosa ..." (status page : bercouple itu haram, November 14 at 8.38 pm)

(klik untuk besar)

Jika inilah yang difahamkan dengan “couple” maka sudah tentunya couple itu haram dan mendekati zina. Tidak ada seorang ustaz pun kata ia halal. Tapi apa pula yang dimaksudkan dengan “kalau ada hubungan tapi tak buat benda2 dosa takpe lah sebab masih ikut syariat”?

Sekarang saya memperihalkan pula couple dari sudut pandangan orang yang mempertikaikannya. Adakah mereka yang mempertikaikan ini adalah orang-orang yang jahil agama, buta hati dan tidak mendapat hidayah? Bukan begitu, tetapi pada mereka, couple itu bukanlah bermaksud berdua-duaan semata-mata. Tetapi pada mereka, couple itu cuma nama panggilan kepada orang yg sudah berpunya, atau orang yg sudah ada hubungan. Sebagai contoh, jika seseorang itu takde makwe, korang panggil dia single kan? So kalo orang tu dah ada makwe/ girlfren/ marka/ calon, maka korang secara automatik akan panggil diorang COUPLE, betul? Jika korang tak panggil diorang couple, apa lagi panggilan yang korang boleh panggil untuk mereka? Kata-kata saya ini dikukuhkan lagi dengan survey yang telah saya buat. Ini ialah survey saya berkenaan fahaman istilah couple di kalangan masyarakat.

(klik untuk besar)

Secara keseluruhannya, purata 32/68 orang mengatakan jika sudah ada girlfren, maka dia sudah dikira couple (iaitu hampir separuh dari jumlah responden). Manakala yang “tidak setuju” dan menjawab “tidak semestinya”, mereka sendiri pun tidak tahu nak panggil apa kepada orang yang dah ada makwe selain dipanggil couple. Survey ini diberi dalam page perbincangan agama di mana yang menjawab soalan ini seorang pun saya tidak kenal dan sekurang-kurangnya mereka tahu tentang hukum. So, kepada golongan anticouple, kalo orang yg takde makwe korang panggil single kan? Kalo orang yg ade makwe korang panggil ape plak? Teeeeet~

Oleh yang demikian, fahamlah kita mengapa ada yang mempertikaikan couple itu haram, kerana pada fahaman mereka, couple itu adalah “sekadar sudah mempunyai calon sahaja”. Cuma terpulang kepada individu tersebut nak panggil apa kepada calon mereka. Ada yang panggil marka, makwe, girlfren, awek dan seumpamanya. Ape pun namanya, ia tetap bermaksud CALON. Jika sudah ada calon, maknanya kamu bukan lagi single. Jika bukan single kita panggil ape? Tidak lain tidak bukan, kita panggil couple. (jika ade yang jawab plural tolong gelak sebab dia tengah buat lawak)

(klik untuk besar)

Saya paling tertarik dengan perbincangan akhy di atas. Beliau cukup bertegas tentang couple. Menolak 200% jika dikata couple itu tidak semestinya haram. Ketegasan beliau diakui dan terbukti dengan cuma satu post, sudah mengandungi LEBIH 500 komen kerana membincangkan perkara ini sahaja. Walaubagaimana pun, beliau juga tidak terkecuali dari menjawab soalan survey tersebut. Dan jawapan beliau sangat jelas, di mana beliau juga mengatakan yang ada makwe itu dikira sebagai couple. Menunjukkan bahawa beliau juga sebenarnya memahami yang couple itu bukan sekadar berdua-duaan atau berpasang-pasangan. (tapi masih bertegas)

Menjadi persoalan lain, apa pula hukumnya jika seseorang itu mempunyai makwe, girlfren, marka atau calon? Haram ke jika seseorang tu dah ada makwe? Kerana kefahaman masyarakat, bila ada makwe maksudnya dikira couple-lah. Maka dijawab oleh ustaz Azhar Idrus, mempunyai makwe/ gf/ calon, hukumnya adalah harus. Yang salah adalah bagaimana cara berurusan dengan calon tersebut.

(klik untuk besar)

Hukum harus yang disebut ustaz Azhar Idrus ada kesinambungannya dengan pendapat saudara Ahmad Fathi Muhammad yang menulis artikel tentang couple yang bertajuk “wujudkah couple Islamic” (k-pmmm.blogspot) di mana beliau mengatakan hukum jika couple tapi mengikut adab dan dikawal syarak tidak ada asas untuk diharamkan. Hukumnya adalah harus dan paling jauh pun hukumnya hanyalah menyalahi keutamaan.

(klik untuk besar)

Ditambah pula, bagaimana kedudukan bf/gf ni dalam islam? Ustaz Azhar Idrus menerangkan “sape nak amek girlfren, mesti niat nak kawen. Lepas hok tu dulu sebagai dosa” dengan kata lain, jika kita berkawan dengan perempuan dan niat cuma sebagai girlfren sahaja, maka hukumya haram. (ustaz Azhar Idrus, UIA : bawa girlfren tgok kuliah ustaz, youtube)

Maka, secara ringkas sekurang-kurangnya (maksudnya ada banyak lagi) terdapat DUA kefahaman masyarakat yang berbeza tentang istilah couple ini. Yang kata haram kerana mereka berpegang kepada kefahaman yang pertama, manakala yang mempertikaikannya kerana mereka memegang kepada fahaman yang kedua. Kedua-duanya adalah tidak salah. Masalahnya golongan anticouple yang memegang fahaman pertama, tidak mahu menerima langsung fahaman kedua ini. Mereka cuba menfatwakan couple ini haram secara mutlak dan habis-habisan. Oleh yang demikian, maka timbullah sesetengah dari mereka yang extremis dan berlebih-lebihan dalam hal agama.

Macamana yang dikata berlebih-lebihan dalam hal agama itu? Mereka ini mendakwa, jika sudah namanya couple, walaupun tidak berjumpa, berdua-duaan dan sebagainya, hati mesti teringat-ingat. Itulah zina hati yang kita tidak boleh elak jika bercouple. Bagaimana pula jika jumpa makwe dengan mak bapaknya? Dijawab pula, walaupun jumpa depan mak bapak dia, mata mesti tak boleh elak nak jelling-jeling, kan zina mata tu. Dan dari mata akhirnya turun ke hati, akan berlaku zina hati pula. Maka jelas tidak dapat dinafikan bahawa couple itu sememangnya haram.

Penerangan yang memang mantap, dan kesannya pun memang bagus. Laki perempuan akan jadi takut nak dekat dan tentulah mereka takut nak bercouple. Tapi masalahnya bukan couple sahaja, orang nak bertunang pun jadi takut. Ye lah, teringat kat pasangan sudah jadi zina hati, nak jumpa tunang pun tak boleh, zina mata. Kan dah tak pasal-pasal timbul pulak masalah lain.

So, jika nak menerangkan sesuatu macam perihal zina hati, sila fahami dulu betul-betul zina hati tu apa dan mcamana. Penerangan sebegini akan mengakibatkan kekeliruan dan akan membuatkan Islam dipandang lebih jumud. Yelah, sampai nak mengingati pasangan pun haram? Apakah kamu boleh pastikan orang yang bertunang tak akan ingat kat pasangan dia? Selalu dijawab, tunang tu kes lain. Eh, apa yang lain? mereka berdua tetap adalah ajnabi jugak. Hukum dan adab terhadap ajnabi terpakai dalam semua keadaan selagi namanya ajnabi. Penerangan yang baik tentang zina hati setakat ini saya memilih penerangan yang ditulis oleh saudara Ahmad Fathi Muhammad dalam blog yang sama.

Oleh yang demikian, selepas ini tidak perlulah kita berbalah sesama sendiri. Kepada golongan anticouple, teruskanlah dakwah kamu itu. Ia sangat bermanfaat. Cuma janganlah terlalu taksub sehingga jika ada orang yang mempertikaikan je, terus didakwa jahil, tidak faham agama, tidak mendapat hidayah, menolak hadith dan seumpamanya. Memanglah jelas dalam nas dan dalil banyak menyebut larangan berdua-duaan dan larangan menghampiri zina. Tetapi jangan lupa, dalam mana-mana nas dan dalil langsung tak sebut couple. (ambil cara jawab Dr Fadhilah Kamsah)

So, saya yang menulis ni berpihak belah mana pula? Saya yang menulis ini berpihak kepada BERCOUPLE ITU HARAM. Eh, tadi bukankah saya dah menerangkan yang couple ini tidak semestinya haram? Beginilah, saya ambil analogi mudah, iaitu BABI. semua orang tahu yang babi itu haram. Bagaimana pula jika saya mempertikaikannya dengan mengatakan yang babi itu “tidak semestinya haram”.. apakah ia pernyataan yang salah..? tidak juga, kerana memang tidak haram jika kita menyentuh babi.. tidak haram jika kita memeluk babi.. tidak haram kita membayangkan babi.. kerana ia cuma najis.. hanya perlu disucikankan sahaja.. Tapi, mudahnya kita sebut sahaja BABI ITU HARAM (secara umum), supaya umat Islam menjauhi babi, membenci babi, sensitif dan berhati-hati dengan apa sahaja yang berkaitan dengan babi.. (maaf terpaksa ambil contoh babi, boleh abaikan)

Begitu juga halnya dengan couple. Walaupun di atas saya telah membuktikan bahawa couple itu tidak semestinya haram, tetapi jika ditanya couple tu haram atau tidak, secara mudahnya saya akan menjawab COUPLE ITU HARAM. Walaupun secara terperincinya kita sudah tahu yang couple tu juga membawa maksud lain yang tidak haram, tetapi secara umumnya dengan jawapan begitu ia dapat membuatkan orang menjauhi couple, tidak suka couple, lebih berhati-hati bila berurusan dengan ajnabi dan akhirnya dapat mengembalikan semula kaedah perkenalan ajnabi yang dikehendaki oleh syarak, insyaAllah. Tambahan pula hukum couple untuk fahaman yang pertama adalah haram, manakala untuk fahaman yang kedua cuma harus. Lebih baik mengutamakan fahaman yang pertama, ia lebih selamat insyaAllah.

Setakat ini, usaha yang diperlihatkan oleh rakan-rakan yang memperjuangkan couple itu haram telah banyak memberikan kefahaman kepada remaja-remaja khususnya yang sedang mencari cintanya. Dengan mengatakan couple itu haram, mereka menjadi tertanya-tanya untuk membaca mengapa dikatakan haram dan secara tidak langsung mereka akan mendalami ilmu, bagaimana cara berurusan dengan ajnabi, bagaimana adab dalam berhubung dan bagaimana hendak memulakan langkah pertama dalam urusan mencari jodoh berlandaskan syariat islam. Syabas dan tahniah kepada mereka-mereka ini. Cuma nasihat saya, jangan terlalu taksub sehingga merendah-rendahkan orang yang tidak bersetuju dengan kamu. Menuduh mereka jahil, tidak faham hukum hakam, ikut yahudi nasrani, menolak al-Quran, hadith dan segala macam tuduhan-tuduhan berat yang kamu lemparkan, sedangkan mereka bukanlah 100% tidak bersetuju dengan kamu. Mereka cuma memahami erti couple ‘lebih’ sedikit dari kamu.

Kepada golongan yang memegang fahaman yang kedua, yakni couple itu tidak semestinya haram, di harap penjelasan ini dapat memuaskan hati kamu. Tidak perlu diungkit-ungkit lagi selepas ini. Kamu tidak ada hak untuk menyalahkan mana-mana pihak kerana kedua-dua pandangan tersebut tidak ada salah. Jika kamu sudah tahu batas-batas dan kaedah perkenalan dalam islam, sila tunjuk ajar rakan-rakan yang tidak tahu. Jika ada rakan-rakan yang ingin berdating tetapi membawa kawan sebagai teman, beritahu dia syariat islam menghendaki “mahram” sebagai teman. Mahram di sini bermaksud mahram kepada kedua-dua kamu dan pasangan kamu SERENTAK. Seperti ditemani bapa makwe kamu atau ditemani abang makwe kamu. Bukan bawa kawan 3-4 orang sebagai teman, lepas tu pergi tengok wayang, karok atau lepak-lepak atas alasan “kami bukan berdua-duaan”. Memanglah itu tidak lagi dikira berdua-duaan, sebab ia sudah menjadi PERGAULAN BEBAS. Dan tidak perlu saya huraikan pula tentang pergaulan bebas ini.

Mudah-mudahan penulisan ini dapat menghentikan pertikaian antara kita. Tidak perlu lagi saling menyalahkan kerana fahaman kedua-duanya tidak pun salah. Istilah couple itu tidak penting pun. Yang penting hanyalah kepatuhan syariat dalam perhubungan ajnabi, itu sahaja. Selagi tidak terkeluar dari batas-batas yang telah digariskan oleh syarak, maka itulah perkenalan yang dikehendaki oleh islam, wallahualam. Penulisan ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah nasihat kepada diri sendiri. Kerana saya manusia biasa, bukan seorang ustaz atau ulamak. Yang baik itu dari Allah yang silap salah itu kelemahan saya..


sekian, terima kasih..

yang benar,






Sumber :

http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original/posts/319392944745426

http://www.youtube.com/watch?v=GjBTMqXcE4s

http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=300813556603573&id=144555412229389

http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=257380434317547&id=144555412229389

http://k-pmmm.blogspot.com/2011/05/wujudkah-couple-islamik.html

http://k-pmmm.blogspot.com/2011/02/mereka-yang-gagal-memahami-erti-zina.html

http://k-pmmm.blogspot.com/2011/02/mereka-yang-gagal-memahami-erti-zina_16.html

p/s: ini merupakan hasil penulisan seorang sahabat yang begitu berminat mengkaji tajuk ini. Semoga ia dapat memberi kita ilmu pengetahuan yang berguna. :)

Assalamualaikum W.B.T.

Monday, December 5, 2011

Dunia Diubah Dengan Kreativiti

Ini merupakan peta dunia yang biasa, betul? Penah terfikir apa yang kita boleh bentuk dari benua2 yang ada ini?





Terjumpa satu web ni, dimana tuan punya web mengubah peta dunia menjadi binatang. Sangat kreatif. Enjoy.. ^_^














p/s: sangat kagum dengan orang yang kreatif.

Wednesday, November 16, 2011

Side Games: Football Manager 2012

Hai kawan2. Rasanya dah lama sangat tak update. hehehe

Kawan2 mesti suka bola kan, terutamanya kaum lelaki. Betul, kan?
Kalau bercakap pasal game bola pulak, apa yang bermain difikiran korang?
Kalau aku la kan, aku akan teringat Football Manager dan PES.
So kali ini nak bercerita tentang FM12, game terbaru untuk keluarga Football Manager (FM).

Pada yang tak tahu lagi, game FM berkisarkan cabaran seorang pengurus/ketua jurulatih dalam mengurus sesuatu pasukan tak kisah la kelab atau negara.

Aku dah main game ni lama dah, rasanya sejak fm05 lagi, so memang dah rasa macam2 versi la. Pada aku fm12 adalah yang terbaik. :)

Ada beberapa sebab kenapa aku suka fm12
1. Sebab terasa lagi 'ringan' compare dengan fm11 & fm10.
2. Ada team talk yang lebih option. Nak bagi option marah pun boleh, calm pun boleh.
3. Kita boleh tengok ability seseorang player untuk sesuatu posisi tu. Contoh macam kat bawah ni, nak tengok player tu sesuai tak untuk Ball-Winning Midfielder.

(klik untuk tumbesaran)

4. Option untuk search player lagi mudah.

(klik untuk tumbesaran)

5. Scout akan bagitahu best position bagi player secara detail.

(klik untuk tumbesaran)

6. Boleh add and remove liga sesuka hati.

(klik untuk tumbesaran)

7. Team report yang lagi detail.

So pada yang rasa nak download game ni boleh la download kat link ni. Dijamin puas hati. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...