Bosan tak time surf internet? Senyap sunyi je kan? So apa kata try cara ni.
Pages
Sunday, December 11, 2011
Nyan Page Anda.
Bosan tak time surf internet? Senyap sunyi je kan? So apa kata try cara ni.
Saturday, December 10, 2011
ISU COUPLE ITU HARAM : MENGAPA RAMAI SETUJU DAN RAMAI PERTIKAI?
Bila sebut je couple, maka sekurang-kurangnya terdapat DUA fahaman yang berbeza, yang kita sebut khilaf. Masalahnya, golongan yang anticouple ni selalunya tidak akan menghormati fahaman yang satu lagi. Ini memang adalah kenyataan. Jika tidak setuju dengan mereka, maka orang itu terus dilabel tidak dapat hidayah, jahil tentang hukum hakam dan mengikut jejak kafir yahudi dan nasrani. Inilah yang menjadi masalah (bukan semua). Tapi jangan emo dulu. Cuba kita fahamkan dulu apa itu couple pada perspektif kedua-dua golongan ini.
Sekarang saya akan memperihalkan couple dengan kaedah yang mudah. Sebagai contoh korang berjalan-jalan di taman, dan terdapat satu pondok kecil di hujung taman, lalu sahabat kamu memberitahu “pondok itulah selalu jadi port couple”. Maka terus difahamkan, bahawa couple yang dimaksudkan oleh sahabat ini adalah perbuatan berdua-duaan, berkasih-kasihan, bersunyi-sunyian dan segala bagai perbuatan yang jelas haram. Fahaman ini disokong lagi dengan kenyataan ustaz Azhar Idrus tentang pandangan beliau terhadap couple :
"... Bercinta tu tidak salah.. cuma istilah couple tu ialah bagi org yang selalu berkepit je memanjang, keluar dating sane sini, tengok wayang, bergayut lama2 dalam tepon, sebab benda2 ni berdosa. Kalau ada hubungan tapi tak buat benda2 dosa, takpe lah, sebab masih ikut syariat. yang salahnye, couple buat dosa ..." (status page : bercouple itu haram, November 14 at 8.38 pm)
(klik untuk besar)
Jika inilah yang difahamkan dengan “couple” maka sudah tentunya couple itu haram dan mendekati zina. Tidak ada seorang ustaz pun kata ia halal. Tapi apa pula yang dimaksudkan dengan “kalau ada hubungan tapi tak buat benda2 dosa takpe lah sebab masih ikut syariat”?
Secara keseluruhannya, purata 32/68 orang mengatakan jika sudah ada girlfren, maka dia sudah dikira couple (iaitu hampir separuh dari jumlah responden). Manakala yang “tidak setuju” dan menjawab “tidak semestinya”, mereka sendiri pun tidak tahu nak panggil apa kepada orang yang dah ada makwe selain dipanggil couple. Survey ini diberi dalam page perbincangan agama di mana yang menjawab soalan ini seorang pun saya tidak kenal dan sekurang-kurangnya mereka tahu tentang hukum. So, kepada golongan anticouple, kalo orang yg takde makwe korang panggil single kan? Kalo orang yg ade makwe korang panggil ape plak? Teeeeet~
Saya paling tertarik dengan perbincangan akhy di atas. Beliau cukup bertegas tentang couple. Menolak 200% jika dikata couple itu tidak semestinya haram. Ketegasan beliau diakui dan terbukti dengan cuma satu post, sudah mengandungi LEBIH 500 komen kerana membincangkan perkara ini sahaja. Walaubagaimana pun, beliau juga tidak terkecuali dari menjawab soalan survey tersebut. Dan jawapan beliau sangat jelas, di mana beliau juga mengatakan yang ada makwe itu dikira sebagai couple. Menunjukkan bahawa beliau juga sebenarnya memahami yang couple itu bukan sekadar berdua-duaan atau berpasang-pasangan. (tapi masih bertegas)
Menjadi persoalan lain, apa pula hukumnya jika seseorang itu mempunyai makwe, girlfren, marka atau calon? Haram ke jika seseorang tu dah ada makwe? Kerana kefahaman masyarakat, bila ada makwe maksudnya dikira couple-lah. Maka dijawab oleh ustaz Azhar Idrus, mempunyai makwe/ gf/ calon, hukumnya adalah harus. Yang salah adalah bagaimana cara berurusan dengan calon tersebut.
(klik untuk besar)
Ditambah pula, bagaimana kedudukan bf/gf ni dalam islam? Ustaz Azhar Idrus menerangkan “sape nak amek girlfren, mesti niat nak kawen. Lepas hok tu dulu sebagai dosa” dengan kata lain, jika kita berkawan dengan perempuan dan niat cuma sebagai girlfren sahaja, maka hukumya haram. (ustaz Azhar Idrus, UIA : bawa girlfren tgok kuliah ustaz, youtube)
Maka, secara ringkas sekurang-kurangnya (maksudnya ada banyak lagi) terdapat DUA kefahaman masyarakat yang berbeza tentang istilah couple ini. Yang kata haram kerana mereka berpegang kepada kefahaman yang pertama, manakala yang mempertikaikannya kerana mereka memegang kepada fahaman yang kedua. Kedua-duanya adalah tidak salah. Masalahnya golongan anticouple yang memegang fahaman pertama, tidak mahu menerima langsung fahaman kedua ini. Mereka cuba menfatwakan couple ini haram secara mutlak dan habis-habisan. Oleh yang demikian, maka timbullah sesetengah dari mereka yang extremis dan berlebih-lebihan dalam hal agama.
Macamana yang dikata berlebih-lebihan dalam hal agama itu? Mereka ini mendakwa, jika sudah namanya couple, walaupun tidak berjumpa, berdua-duaan dan sebagainya, hati mesti teringat-ingat. Itulah zina hati yang kita tidak boleh elak jika bercouple. Bagaimana pula jika jumpa makwe dengan mak bapaknya? Dijawab pula, walaupun jumpa depan mak bapak dia, mata mesti tak boleh elak nak jelling-jeling, kan zina mata tu. Dan dari mata akhirnya turun ke hati, akan berlaku zina hati pula. Maka jelas tidak dapat dinafikan bahawa couple itu sememangnya haram.
So, jika nak menerangkan sesuatu macam perihal zina hati, sila fahami dulu betul-betul zina hati tu apa dan mcamana. Penerangan sebegini akan mengakibatkan kekeliruan dan akan membuatkan Islam dipandang lebih jumud. Yelah, sampai nak mengingati pasangan pun haram? Apakah kamu boleh pastikan orang yang bertunang tak akan ingat kat pasangan dia? Selalu dijawab, tunang tu kes lain. Eh, apa yang lain? mereka berdua tetap adalah ajnabi jugak. Hukum dan adab terhadap ajnabi terpakai dalam semua keadaan selagi namanya ajnabi. Penerangan yang baik tentang zina hati setakat ini saya memilih penerangan yang ditulis oleh saudara Ahmad Fathi Muhammad dalam blog yang sama.
Oleh yang demikian, selepas ini tidak perlulah kita berbalah sesama sendiri. Kepada golongan anticouple, teruskanlah dakwah kamu itu. Ia sangat bermanfaat. Cuma janganlah terlalu taksub sehingga jika ada orang yang mempertikaikan je, terus didakwa jahil, tidak faham agama, tidak mendapat hidayah, menolak hadith dan seumpamanya. Memanglah jelas dalam nas dan dalil banyak menyebut larangan berdua-duaan dan larangan menghampiri zina. Tetapi jangan lupa, dalam mana-mana nas dan dalil langsung tak sebut couple. (ambil cara jawab Dr Fadhilah Kamsah)
Setakat ini, usaha yang diperlihatkan oleh rakan-rakan yang memperjuangkan couple itu haram telah banyak memberikan kefahaman kepada remaja-remaja khususnya yang sedang mencari cintanya. Dengan mengatakan couple itu haram, mereka menjadi tertanya-tanya untuk membaca mengapa dikatakan haram dan secara tidak langsung mereka akan mendalami ilmu, bagaimana cara berurusan dengan ajnabi, bagaimana adab dalam berhubung dan bagaimana hendak memulakan langkah pertama dalam urusan mencari jodoh berlandaskan syariat islam. Syabas dan tahniah kepada mereka-mereka ini. Cuma nasihat saya, jangan terlalu taksub sehingga merendah-rendahkan orang yang tidak bersetuju dengan kamu. Menuduh mereka jahil, tidak faham hukum hakam, ikut yahudi nasrani, menolak al-Quran, hadith dan segala macam tuduhan-tuduhan berat yang kamu lemparkan, sedangkan mereka bukanlah 100% tidak bersetuju dengan kamu. Mereka cuma memahami erti couple ‘lebih’ sedikit dari kamu.
sekian, terima kasih..
yang benar,
Sumber :
http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original/posts/319392944745426
http://www.youtube.com/watch?v=GjBTMqXcE4s
http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=300813556603573&id=144555412229389
http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=257380434317547&id=144555412229389
http://k-pmmm.blogspot.com/2011/05/wujudkah-couple-islamik.html
http://k-pmmm.blogspot.com/2011/02/mereka-yang-gagal-memahami-erti-zina.html
http://k-pmmm.blogspot.com/2011/02/mereka-yang-gagal-memahami-erti-zina_16.html
p/s: ini merupakan hasil penulisan seorang sahabat yang begitu berminat mengkaji tajuk ini. Semoga ia dapat memberi kita ilmu pengetahuan yang berguna. :)
Assalamualaikum W.B.T.
Monday, December 5, 2011
Dunia Diubah Dengan Kreativiti
About Me
My Blog List
-
Help Luffy to Define Nakama12 years ago
-
Evolusi Ringtone Nokia12 years ago
-