Tuesday, July 5, 2011

Side Design: Perabot yang Menjimatkan Ruang

Tau video ni dah lama. Tapi berminat dengan invention yang dia lakukan. i wish, i could have one or two perabot yang macam dalam video ni. Very menjimatkan ruang.. :)

Side Sukan: Undian Kelayakan Pusingan Ke-2 Sukan Olimpik


Esok akan diadakan sesi undian untuk pusingan ke-2 Kelayakan Sukan Olimpik. Malaysia merupakan antara ranking terendah dikalangan negara yang masih bertanding. Tetapi diharapkan semangat Harimau Malaya tetap utuh untuk menghadapi lawan yang lagi gah di Asia. Untuk undian ini, Malaysia diletakkan di balang ke-4 bersama2 dengan Oman dan UAE.

Selain itu,
Balang pertama: Korea Selatan, Australia, Jepun
Balang kedua: Iraq, Bahrain, Qatar
Balang ketiga: Arab Saudi, Syiria, Uzbekistan
Balang keempat: Oman, UAE, Malaysia

Diharapkan Harimau Malaya dapat menggegarkan pasukan lawan yang bakal dihadapi serta menuju ke Sukan Olimpik..

Sunday, July 3, 2011

Side Sukan: Kelayakan Piala Dunia 2014, Malaysia vs Chinese Taipei

Semalam sempat la juga menyaksikan perlawanan Kelayakan Piala Dunia diantara Pasukan Malaysia dengan Taiwan (CTFA). Perlawanan yang dijangkakan mudah untuk pasukan negara disebabkan kelebihan 2-1 ketika perlawanan pertama di Bukit Jalil. Tetapi malangnya, Malaysia kalah 3-2. Alhadulillah, dengan peraturan gol di tempat lawan, Malaysia mara kepusingan seterusnya. Malaysia Boleh.. :)

Berikut video jaringan yang dihasilkan malam tadi. Video dari youtube dari sokernet.com. Saksikan..

Gol pertama oleh Aidil Zafuan. Pada aku, gol ni memang cantik. Tendangan percuma dalam jarak lebih kurang 40m, laju terus ke palang atas melepasi jangkauan penjaga gol. Menarik...



Gol pertama Taiwan. Hasil dari tendangan sudut.




Gol kedua Malaysia, juga hasil dari tendangan percuma. Diambil oleh Safiq Rahim melencong ke kanan gol.



Gol kedua Chinese Taipei. Sepakan penalti hadiah dari Mahali Jasuli. Masa tengok live semalam, nampak macam pemain Chinese Taipei tergelincir. Tapi mungkin ada sedikit sentuhan yang menyebabkan pengadil memberikan penalti.



Penalti kedua oleh Chinese Taipei. Dapat diselamatkan Sharbinee..



Penalti ketiga untuk Chinese Taipei yang merupakan gol ke-3 mereka.




Serangan minit2 akhir oleh Malaysia. Jelas penyerang negara dijatuhkan tetapi pengadil tidak memberikan penalti. Malang untuk Malaysia..

Papepun, tahniah untuk Malaysia dapat mara keperingkat seterusnya..
Cuma yang kurang enaknya, dah wujud page yang menyalahkan pengadil malam tadi iaitu Võ Minh Trí - the worst Fifa referee in Asia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...