Monday, October 31, 2011

Allah has the best Technology..

♥ Allah has no Blackberry or an iPhone, but He is my favourite contact. He doesn't have Facebook, but He is my bestfriend. He doesn't have Twitter, but I follow Him. And, He doesn't have internet, but I am connected to Him! ♥

Praise to be Allah...!!

Monday, October 17, 2011

Sejarah Handphone Ku

Ada orang panggil handphone, ada orang panggil handset, and ada gak yang panggil telefon bimbit. Apa pun panggilan yang diberikan, yang pasti benda ni dah jadi barang keperluan untuk setiap orang. Tak dinafikan ada lagi yang bergantung pada telefon rumah, macam my mom.

So actually kali ni nak bercerita tentang sejarah penggunaan hp oleh aku. hehehe

My first handphone was NOKIA 3310. Masa tu akhir tahun 2003. Tak lama pas habis SPM, minta akak temankan ke pekan untuk beli hp. Masa tu dalam RM300++ gak la. Pakai tak lama pun hp tu.


Time matriks, dalam 2004 aku tukar hp baru. masa tu teringin nak pakai hp berkaler so beli la hp nokia 6600 aka sabun. Pakai 6600 pun dalam setahun macam tu kot.


Masa matriks ada a few months yang aku pakai hp Nokia 8890 (dipinjam dari abang ipar) sebab hp rosak.



Then masa tahun 1 UTM, around 2005, aku beli Nokia 7610 pulak, aka daun. Tak ingat dah kenape beli hp ni. Pakai pun tak lama, sebab di curi orang . Sedih sangat, tapi nak buat macam mana, dah takde jodoh. huhu



Pas ilang daun, beli hp yang bese2 je iaitu Nokia 1100. Ala, nokia yang torchlight tu. hehehe. Paling senang ingat sebab lampu dia kan, terang. Untung kalau blackout. hehe..


Nokia 6260, masa kat UTM penah pakai hp ni kejap. Beli pun second hand je. Pakai tak lama pun, end up jual kat adik. Sekarang tak tahu apa cerita. Dah lupus kot. huhu



Then kembali pakai Nokia 7610, hp daun tu. Even dah ketinggalan zaman, tapi masa tu still berminat. So pakai je la. And rasa nya memang takde jodoh dengan nokia daun, rumah dimasuki perompak, dia kebas both hp daun dan 1100. :(



Tak lama lepas tu, beli la hp yang bese2 je, aka hp murah. Masa tu beli Nokia 2600c. Fikir juz nak memenuhi keperluan call dan mesej je.



Disamping 2600c, aku beli gak Nokia 1200 sebab time tu pakai 2 sim, maxis dan celcom.



Nokia X2, aku beli around Dis 2010. Penat kot pakai hp murah. Masa tu teringin nak cari hp berserta kamera (sebab geram pergi Australia kena pinjam kamera orang). So X2 nampak menarik gak. Dengan kamera 5mp, radio, mms, bluetooth, boleh kata hp ni complete. Cuma tiada 3g and kamera depan je.



Dari 2003 sampai 2010, dah pakai 10 hp Nokia. Tak pernah tukar jenama lain. Maybe sebab senang dengan Nokia and murah kot. hehehe.

Last but not least, dengan harapan nak pakai lama hp ni, aku beli LG Optimus Black. Beli sebab terasa nak pakai smartphone. Selalu sangat baca pasal smartphone, tu yang berminat. Lagipun skrin LG OB ni besar. Senang nak tengok pape, main game pun best. :)




p/s: InsyaALLAH next post akan bercerita lebih lanjut tentang LG OB. :)

sumber gambar: gsmarena

Sunday, October 16, 2011

Malas Atau Bodoh?

Tolong jawab soalan kat bawah ni boleh?

2+2+2+2+2+2+2+2+2+2+2+2+2+2-2+2 x 0 =


So jawapnnya berape ye? 26 ke 0? hehehe

Jawapan sebenar ialah 26.

Sebab nya ialah 2+2+2+2+2+2+2+2+2+2+2+2+2+(2-2)+(2x0)

Yang dalam kurungan tu bernilai sifar. So cuma perlu 2 x 13 = 26

Ok, cukup la mengajar matematik ek.. Nak tahu kenapa aku post pasal ni?

Alkisahnya beberapa hari lepas dapat soalan macam ni kat facebook. So jawabla. Bila tengok jawapan, agak kecewa la dengan jawapan yang majoriti berikan.

Ketika post ini ditulis, terdapat 869 orang yang menjawap 0. Manakala 66 orang menjawap 30 dan 44 menjawap 28. Hanya 201 yang menjawap dengan betul iaitu 0. (termasuk aku). hehehe

Dan lebih kecewa bila ramai je yang memberi komen sangat membangga diri, padahal jawapan yang diberikan salah.

salah tapi berlagak

siap nak ajar orang, tapi salah..


sempat lagi mengutuk orang..

berlagak gila..



So kesimpulannya, orang Malaysia malas nak membaca soalan dengan betul atau juz plain stupid?





Saturday, October 15, 2011

MACAM-MACAM WATAK PENGGUNA FACEBOOK


Aku dapat ni dari satu group ni.. Cuba la tengok. Ada kebenarannya..


1. MODEL : Tukar gambar setiap hari

2. PENJENAYAH : Tukar nama setiap hari...

3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS : Namanya menggunakan simbol2 sehingga menyusahkan kwn2 nak cari terutamanya ketika kecemasan (Contoh :: 71M@T -> Jimat)

4. WARTAWAN : suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting !

5. PENGGANAS : Suka menyebarkan link yang menakutkan (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan @ bencana etc)

6. BINTANG FILEM : Suka update status setiap 5 minit

7. BINGUNG : Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau status -.-'

8. PERASAN HEBAT : Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku
dlm 1 jam. So annoying okayy -.-''

9. BUDAK HINGUSAN : Selalu menampilkan gambar dgn gaya aksi ! (contohnya amek gmbr dgn mulut
terbuka luas, tak takut ke lalat masuk dlm mulut ?)

10. SHOWOFF : Nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat pic profile. MOTIFFFFFF ?

which category are you ?


p/s: hope xde yang terasa. peace..

Tuesday, October 4, 2011

Apa tu Android?

Android? Satu nama yang tak asing lagi dengan pengguna Smartphone. Android merupakan OS di dalam certain2 smartphone. Apa itu OS?

OS merupakan perisian wajib di dalam sesuatu komputer. Untuk mudah faham, windows vista dan windows 7 merupakan contoh OS dalam komputer. OS untuk smartphone seperti Android, iOS dan sebagainya.

Sebabkan aku pengguna Android, so nak bercerita la tentang kelebihan android ni. Baru je pakai Android ni dalam sebulan macam tu. And i'm enjoy using it. :)

Kelebihan Android ialah banyak apps yang boleh didownload secara percuma. Hanya perlu pergi ke market, then browse and download. Tapi pastikan yang di pilih itu apps percuma. Apps untuk Android ada juga yang berbayar, jangan tersilap pilih.

Android juga mempunyai banyak apps. Maksudnya ambil kamera sebagai contoh, taip je camera kat market, akan banyak la apps yang berkaitan kamera akan keluar. Pilih mana yang menarik perhatian dan download. Simple je.

Tapi, setiap OS pun ada kelebihan masing2. Cuma sebagai pengguna Android, i really love it.

p/s: nak tau aku pakai hp apa? tunggu next post. hehehe

Hukum Berinai..


Hukum Wanita Mengukir Hiasan Pada Tangan Menggunakan inai..

Bagaimana pula hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :

Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [hadith bil. 2003 : Sahih Muslim]

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain,wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)" [hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari]

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."

Mengenai penjelasan hukum memakai inai baik lelaki mahupun wanita samada di hujung jari mahupun ukiran awan larat atau gambar,sudah jelas hukumnya berdasarkan pendapat ulama' dan dalil yang diberikan. Tetapi masih ada lagi dikalangan masayarakat yang melakukannya. Nak kata tidak diberi penjelasan, saya kira sudah berbuih mulut ustaz-ustaz mahupun ulama'-ulama' mengatakan tentang hukum tersebut.

Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Sama-sama kita renungkan wahai pembaca yang budiman..

Monday, October 3, 2011

‎::Rahsia 5 Jari::



1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.
...
3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil
then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik
pd usia muda akan beri impact/kesan yg besar pd masa depan.

4. Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm jari manis. Ms remaja kita selalu
di duga dgn cabaran & dugaan. Hanya iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam
dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu
pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal
emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan
Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.

7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa2
rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.

Wanita Dan Warna.

UNGU
Wanita yang suka warna ungu adalah:
Seorang murah hati,
Merdeka hatinya dan tidak mahu diperintah.
Penuh inisiatif,
Pandai tetapi tidak emosi,
Dingin dan kehendaknya meluap-luap,
Jarang berjaya.

HITAM
Wanita yang suka warna hitam adalah:
Seorang yang suka bermurung,
Prihatin,
Kuat menghadapi petaka apa sahaja,
Tidak mudah terpengaruh,
Setia pada suami,
Hatinya baik dan cepat tersinggung.

BIRU MUDA
Wanita yang suka warna biru muda adalah:
Seorang yang suka merendahkan diri,
Suka mengalah,
Suka berkorban peranan,
Cerdas,
Pandai dan berotak berlian.

KELABU
Wanita yang suka warna kelabu adalah:
Seorang yang suka sekali mengelamun,
Romantis,
Sabar,
Tenang tetapi hatinya suka mengembara,
Suka mengada-ngada dan gossip.

MERAH
Wanita yang suka warna merah adalah:
Seorang yang berwatak berani,
Emosional dan tegas,
Tamak serta serakah,
Tahan melarat dan suka hidup bersenang-senang.

BIRU
Wanita yang suka warna biru adalah:
Seorang yang setia pada suami,
Senang pegang wang,
Kuat kemahuan,
Berterus terang dan jujur,
Cepat memberi maaf dan tegas.

KUNING
Wanita yang suka warna kuning adalah:
Seorang yang amat menyukai ilmu,
Gemar membaca,
Tekun dan cerdas,
Tabah menghadapi cabaran.


PUTIH
Wanita yang suka warna putih adalah:
Seorang yang mempunyai perangai yang suci bersih,
Fikirannya tidak banyak prasangka,
Berkata benar, jujur dan rendah hati,
Ramah dan bersopan-santun,
Kuat menerima ilmu,
Damai dan berubah alam fikirannya,
Suka menolong dan hidup dalam bertawakal.

COKLAT
Wanita yang suka warna coklat adalah:
Seorang yang mempunyai sifat keibuan,
Suka merendah diri,
Sopan dan halus budi,
Hatinya sentiasa was-was kerana takut salah.

HIJAU
Wanita yang suka warna hijau adalah:
Seorang yang subur dan damai,
Cintakan kebahagian,
Tidak suka perang,
Patuh pada agama,
Teguh pendirian hingga kelihatan agak kolot.

p/s: so kepada pembaca wanita sekalian, betul ke apa yang kat atas ni? hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...