Tuesday, November 1, 2011

Majlis Auction PCC

Hey guys. Feeling lovely today? :)

Speaking la pulak kan. Nape? Sebab semalam ada join satu majlis Auction aka Lelong. First time beb. hehehe

Actually semalam pegi
PCC fair (PC & Chocolate fair). Pergi around kul 3 ptg ngan 2 orang member ni. Mula2 ingat tak ramai sangat yang datang sebab baru first day and teringat PC fair tempat yang sama before ni macam tak meriah sangat. Sekali masuk (of coursela selepas melalui 'halangan' broadband kat pintu masuk), memang meriah. Ramai yang datang, terutamanya girl la. Sebab coklat kot.

So start la tengok2 kat booth aksesori komputer yang ada, tak minat nak tengok coklat lagi. Masa tengok2 tu, terdengar la ada announcement akan ada majlis lelong. So ajak la member duduk kat depan pentas tu. Saja nak tengok keadaan and kalau ada barang yang murah, nak gak beli.

Antara barang yang dilelong macam headphone, speaker, beg laptop dan printer. Meriah memang meriah sesi lelongan tu. Ramai yang turut mengambil bahagian. Ada sorang member ni pun berminat nak membeli. Cubaan beliau membida headphone jenama Bits, Dr Dre yang dikatakan bernilai RM 99, menurut MC majlis. Tapi malangnya beliau gagal membida sebab budget yang rendah. Tetiba join, tak bawak banyak duit pun. huhu

suasana masa bidding

Headphone tu dapat pada seorang pelajar lain dengan harga RM70. Paling menarik ialah lelongan printer MP258. Harga yang dikatakan MC ialah RM170. Perbutan diantara dua orang pelajar foreigner, menarik tengok diorang membida. hehehe. Akhirnya printer tersebut dijual dengan harga RM165. Tahniah pada foreigner tersebut. :)

foreigner yang berjaya membeli printer dengan RM165

Selepas dah abis majlis lelongan tersebut, kami pun sambung la pada booth yang belum dilawat lagi. Masa tu, member ni ajak cari barang2 yang dilelong tadi, terutamanya headphone Bits td, dia berminat kot. So terjumpa la dengan headphone yang dikatakan RM99 tadi. Memang cantik, function yang pelbagai. Tetapi harganya... Nak tau? RM42 SAHAJA.

Masa tu terasa ditipu, so kitorang tengok barang2 lain pula. Headphone Sony yang dikatakan RM69 rupanya cuma RM39. Laptor cooler dikatakan RM25 tetapi sebenarnya RM18. Agak kecewa la dengan penganjur, seolah2 sengaja ingin menipu pelajar. :(

Juz rasa kalau nak melelong, xperlu bagitahu harga asal kot. Cuba dapatkan bidaan yang tertinggi, thats all. Untung atau rugi, paling penting biarlah dengan keikhlasan.

p/s: Entry ni bukan nak menghentam. cuma mengingatkan. peace. :)
2 Comments
Comments

2 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alah.....
semalam ada test
terlepas bidding
datang² ngadap coklat je...

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dengar2 akan ada lagi majlis bidding. cuma xditetapkan waktunya. datang je la lagi, mana tau kebetulan masa tu tgh bidding lagi..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...