Sunday, July 3, 2011

Side Sukan: Kelayakan Piala Dunia 2014, Malaysia vs Chinese Taipei

Semalam sempat la juga menyaksikan perlawanan Kelayakan Piala Dunia diantara Pasukan Malaysia dengan Taiwan (CTFA). Perlawanan yang dijangkakan mudah untuk pasukan negara disebabkan kelebihan 2-1 ketika perlawanan pertama di Bukit Jalil. Tetapi malangnya, Malaysia kalah 3-2. Alhadulillah, dengan peraturan gol di tempat lawan, Malaysia mara kepusingan seterusnya. Malaysia Boleh.. :)

Berikut video jaringan yang dihasilkan malam tadi. Video dari youtube dari sokernet.com. Saksikan..

Gol pertama oleh Aidil Zafuan. Pada aku, gol ni memang cantik. Tendangan percuma dalam jarak lebih kurang 40m, laju terus ke palang atas melepasi jangkauan penjaga gol. Menarik...



Gol pertama Taiwan. Hasil dari tendangan sudut.




Gol kedua Malaysia, juga hasil dari tendangan percuma. Diambil oleh Safiq Rahim melencong ke kanan gol.



Gol kedua Chinese Taipei. Sepakan penalti hadiah dari Mahali Jasuli. Masa tengok live semalam, nampak macam pemain Chinese Taipei tergelincir. Tapi mungkin ada sedikit sentuhan yang menyebabkan pengadil memberikan penalti.



Penalti kedua oleh Chinese Taipei. Dapat diselamatkan Sharbinee..



Penalti ketiga untuk Chinese Taipei yang merupakan gol ke-3 mereka.




Serangan minit2 akhir oleh Malaysia. Jelas penyerang negara dijatuhkan tetapi pengadil tidak memberikan penalti. Malang untuk Malaysia..

Papepun, tahniah untuk Malaysia dapat mara keperingkat seterusnya..
Cuma yang kurang enaknya, dah wujud page yang menyalahkan pengadil malam tadi iaitu Võ Minh Trí - the worst Fifa referee in Asia

1 Comments
Comments

1 comments:

Dorris Angel said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alahai...geram la gan referee..GERAM giler..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...